Friday, November 16, 2012

Kongsi/Share & Minta/Request Kredit Celcom

Rasanya kebanyakan pengguna Celcom tahu macam mana nak kongsi kredit dengan orang lain.

Kongsi/Share kredit
Taip RM dan hantar ke 1
Contoh:
Taip RM<2> dan hantar ke 1<0192345678>

Minta/Request kredit
Taip RQ dan hantar ke 1
Contoh:
Taip RQ<2> dan hantar ke 1<0192345678>

Aku ada pengalaman menang Galaxy Tab 7.0+ dengan Celcom. Masa dulu aku tak percaya sangat dengan peraduan yang dianjurkan Celcom. Sebab ramai sangat yang dah habiskan duit beratus ringgit tapi tak dapat apa-apa. Aku biasa abaikan saja segala peraduan/contest Celcom.

Nak dijadikan cerita, kawan anak saudara aku menang motosikal dengan memasuki pertandingan kongsi kredit dari Celcom. Budak tingkatan 4 pula tu. Sejak dari itu, aku bercita-cita kalau Celcom buat peraduan, aku nak cuba.

2 bulan lepas tu, Celcom ada hantar sms mengatakan peraduan kongsi kredit yang terbaru baru saja bermula. Hadiah utama ketika itu adalah Proton Saga FLX dan 30 Galaxy Tab 7.0+. Bermula hari pertama aku tekun berkongsi kredit. Dengan status aku sebagai penjual topup prepaid memudahkan aku berkongsi kredit. Bila ada orang nak beli topup, aku share saja. Hahaha.

Sebulan lepas peraduan tersebut, aku dapat panggilan dari Celcom. Mengatakan aku berjaya memenangi sebuah Galaxy Tab 7.0+. Menggigil aku menjawab panggilan tersebut. Dah la aku ni jenis yang susah nak memenangi apa-apa peraduan sebelum ni. Senang cerita memang nasib aku kurang baik kalau masuk peraduan. Tapi yang ni ok la kot. Nasib menyebelahi aku.


7 comments:

Mummy Adriana said...

wah bestnya :) rezeki tu!

Anne Nurain said...

wahh untung laa..
nak jd pnjual topup jgk la macam ni..
baru ada can nak menang.. hehe..

kitatauke said...

Mummy Adriana&Anne Nurain:dah memang rezeki tertulis..biasa susah nk dpt..:)

anoymous silent said...

buat share topup ni kena caj x?

kitatauke said...

@anoymous silent-kena caj 50sen setiap 1 transaksi...

mempelam said...

Now Ada menang Ducati! Transfer jgn tsk transfer hehe

kitatauke said...

hahaha..dah bertaubat..