Thursday, December 6, 2012

No Akaun Maybank Koperasi Permodalan Felda (KPF)

Entri kali ni khusus untuk pelabur saham Koperasi Permodalan Felda (KPF). Untuk lebih kejam lagi bunyinya, hanya untuk Peneroka Felda dan anak beranak mereka sahaja. Kalau ada menantu Peneroka Felda pun termasuk dalam golongan ni juga. Termasuk la aku. Hahaha..

Selepas menjadi ahli KPF (yuran keahlian sebanyak RM20), pelabur boleh mula membuat/menambah pelaburan melalui Maybank.

No Akaun Maybank KPF : 564212301580

Mula/tambah pelaburan KPF hanya boleh dilakukan melalui kaunter Maybank sahaja. Kena isi borang khusus untuk pelaburan KPF. Aku cuba juga kalau-kalau boleh buat pemindahan secara online atau ATM.Tapi tak berjaya. Senang cerita, kena isi borang, ambil nombor dan tunggu giliran.

Kalau tengok kepada dividen yang KPF berikan kepada pelabur mereka, memang ramai yang akan cemburu.

Dividen KPF ikut Tahun:- Setakat ni tak penah jatuh bawah 10% lagi.

TAHUN    %
1997      10.00
1998      11.00
1999      14.00
2000      12.00
2001      12.50
2002      11.50
2003      14.50
2004      14.00
2005      14.00
2006      15.00
2007      16.50
2008      12.50
2009      14.00
2010      15.00
2011      18.00

Aku ada juga melabur dalam KPF ni. Cuma tak semua aku curahkan dalam KPF. Sebabnya:

>lambat untuk dicairkan kalau terdesak nak guna duit. Kena pergi ke HQ KPF di Kuala Lumpur. Macam mana kalau nak pakai duit sangat-sangat? Sebab tu aku ada juga akaun ASB walaupun dividen ASB taklah setinggi KPF.

Bagi yang bukan warga Peneroka Felda, jangan kecil hati. Mungkin ada rezeki Tuhan yang lain sedang menanti. Semua rezeki datang dari Allah. Cuma kena usaha sahaja.

11 comments:

kak nora said...

betul tu..rezqi Allah dimana2..cuma kena usaha mencarinya...hai! untunglah warga Felda..

kitatauke said...

kak nora:ade la nnt rezeki masing2 kat tmpt lain...jgn putus usaha..:P

haly diah said...

salam.. nak tanye la

selepas isi borang n bayar rm20..kita akan tunggu proses untuk dapat no ahli koperasi ke?

then duit pelaburan mcm ASB ke? ke kita sendiri carum berapa banyak kita nk...

boleh tak kalu sudi terangkan step by Step sbb saya baru nk buat KPF

kitatauke said...

@haly diah-insya Allah..nnt sy buat entri..sbb sy xtau nak update ape...:)

Zahari Ali said...

Bro, kalau menantu akaun KPF nanti nama menantu atau terpaksa guna nama suami/isteri yang memang asal anak felda?

kitatauke said...

@Zahari Ali-rasanya menantu tak boleh kot..mgkn bro boleh g pejabat felda utk pencerahan..

amer said...

..aku pun anak peneroka..yang telah melabur....tapi aku stopkan dulu..kerana dividen dan bonus 2011 x dapt..lagi nih.....4 kali datang ...aju masalah yg sama tp nmpak mereka macm blurrrrrrrrr....

kitatauke said...

@amer-haha..setuju..kena sentiasa follow up...bab blur tu..atas sesetangah staff mereka...:)

Avil Beauty said...

Aku lak menantu anak felda,btl mat tu kata klu ada duit lbih leh buh bnyk2,tapi kena stanby gak account lain,sb mkn masa nk blik dalam 2 minggu,mcm2 bank,unit trust ajak aku invest tapi ble aku cite aku masuk felda,dia orgpn pn x brani nk ajak dah,sb dia orang tau felda nye dividen n bonus lagi puaka hehe,masyukk slhamdulillah syukur pada Allah,sembahyang jgn lupa,baru berkat,n dapat lebih tu sedekah2 la pd yg memerlukan

Avil Beauty said...

Menantu mmg x boleh...tp pasangan menatu kn boleh tumpang2 la,mcm aku hehe,bru lah namenye menantu hantu.

As said...

Kwn dah daftar..mcamna nsk tambah pelaburan?no akaun pun x dapatvlgi..tapi pej felda bgtau dah daftarkan.