Sunday, January 6, 2013

PTPTN Cawangan Kuantan

PTPTN telah membuka cawangannya dikebanyakan negeri. Jadi ia akan memudahkan peminjam untuk menjelaskan pinjaman masing-masing.

Pejabat PTPTN Negeri Pahang
                                                               No.48, Malay Town
Jalan Putra Square 1, Putra Square,
25200 Kuantan, Pahang.
No. Tel : 09 - 517 3442
No. Faks : 09 - 517 3219


Aku antara mereka-mereka yang bernasib baik tidak meminjam dengan PTPTN. Bukanlah aku datang dari golongan berada. Cuma mungkin Tuhan memilih aku untuk tidak meminjam dengan PTPTN. Permohonan semasa belajar peringkat Diploma di UiTM Shah Alam sekitar tahun 2001 dahulu selalu kena reject oleh PTPTN. Sampai la pengajian aku habis, aku masih tidak berjaya meminjam dengan PTPTN.

Sekarang aku bersyukur bila kenangkan yang aku tiada hutang dengan PTPTN. Sebab kebanyakan peminjam PTPTN tidak menjelaskan pinjaman mereka. Betulkan? Kalau tak betul, takkanlah banyak iklan di media cetak atau elektronik asyik berkempen minta peminjam membayar balik pinjaman mereka.

Pihak PTPTN seharusnya turun padang bertanya peminjam-peminjam kenapa mereka tidak menjelaskan pinjaman tersebut. Sedangkan kebanyakan dari lulusan tersebut sudahpun menjawat jawatan sama ada di sektor awam ataupun swasta. Bukan dengan cara menyenaraihitamkan mereka. Buatlah seperti MARA. Andai kata ada yang berkata, 'MARA boleh la buat. Tu duit rakyat. Ni PTPTN'. Adakah PTPTN tersebut bukan duit RAKYAT?

Buatlah keputusan yang memberi kebaikan kepada semua terutama rakyat. Tiada rakyat, tiadalah pemimpin, tiadalah negara.

7 comments:

illafira said...

ptptn ada wat.. tp mslahnya alamat dan no telefon byk yg x valid.. sy salah sorg staff yg slalu follow up ngan peminjam di bawah sy.. tp mslh nya dah pindah.. no telefon org lain yg jawab.. so camne la nak cari sorg2.. nk jg 8000 org...

MéuzAngelo™ XXIII said...

sbnarnye lg suka template blog yg sblom ni, nmpk professional sikit.
btw, kau tak dapat lg kan hadiah giveaway aku tu kan? sorry lmbt hantar ade masalah sikit plus busy. harap bersabar boleh? sorry sgt2 lambat hantar hadiah

Kita tau ke said...

@illafira-gitu plok gayenye ye..patutnya..bile semua tau peranan masing2 dan berfingsi...byk masalah boleh settle...

Kita tau ke said...

@MéuzAngelo™ XXIII-xde hal bro...masuk pun saje memeriahkan majlis...settle keje ko dl...template ni default je...simple...malas nak sesak kepala dgn template yg dulu...

siti farishah An said...

dah takde alasan tak nak bayar ptptn lagi..

kitatauke said...

@siti farishah An-ade lagi alasan diorg ni..tggu pembangkang menang PRU..hahhah

anak phg said...

syukur alhamdulillah..saya dpt pengecualian byrn blk pinjaman..tq ptptn...