Tuesday, February 26, 2013

iPmart:Antara Gedung Online Yang Boleh Dipercayai

Post sebelum ni aku ada cerita tentang pembelian pertama kali dibuat oleh aku di iPmart. Dan selepas 5 hari dari tarikh pembayaran barang tersebut, aku selamat terima Sony Xperia Go dengan jayanya.


Cuak juga aku sebenarnya. Ye la. Pertama kali aku beli barang di iPmart. Dengan nilai lebih kurang RM700 pula tu. Kalau la kena scam. Huhh. Tapi ini membuktikan bahawa adalah selamat untuk membeli barangan di iPmart.

Aku buat kronologi pembelian di iPmart kat bawah ni supaya kalau ada yang berminat nak beli barang di iPmart tahu situasi yang akan dihadapi bila membeli di situ nanti.

Hari Pertama (18/2/2013)
Aku pilih untuk melakukan transaksi pada hari Isnin. Kenapa? Sebab hari pertama bekerja. Jadi memang waktu kerja mereka dan harap mereka proses pada hari pertama dalam minggu tersebut. Kalau mereka pos dalam hari Rabu, barang tersebut akan sampai pada hari Jumaat. Tak perlu la bermalam hujung minggu di pejabat pos/courier. Pihak iPmart hanya mengesahkan pesanan barang dari aku walaupun pembayaran sudah dibuat. (Aku dah mula cuak)

Hari Kedua (19/2/2013)
Pihak iPmart mengesahkan pembayaran yang aku buat semalam. Walhal semalam pun sepatutnya mereka dah boleh sahkan pembayaran yang aku buat melalui Maybank2u. (Cuak kali kedua)

Hari Ketiga (20/2/2013)
Dapat panggilan dari pihak iPmart mengesahkan pembelian dan pembayaran dari aku. Katanya akan pos pada sebelah petang. Lega sebab pihak iPmart ada feedback. Tapi sampai ke malam tiada rekod menyatakan barang aku telah dipos. Lagi la cuak.

Hari Keempat (21/2/2013)
Dah dapat tracking number di web iPmart. Walaupun lega sebab ada tracking number tapi masih berdebar. Takut kalau handphone yang dibeli bertukar menjadi lesung batu.

Hari Kelima (22/2/2013)
Akhirnya barang aku selamat terima. Huhh. Lega. Dan dapat sama seperti yang terpapar di web iPmart.

Kesimpulannya adalah selamat untuk membeli di iPmart. Tips tambahan dari aku. Sebelum beli barang tersebut, boleh tanya customer servis iPmart sama ada barang yang hendak dibeli ada stock atau tidak. Kalau ready stock, boleh terus order. Kalau stock tiada, kena tunggu la pula.

Wednesday, February 20, 2013

Membeli Barang di iPmart

Sebelum ni, aku pernah membeli barangan di Superbuy.my. Dan ternyata Superbuy.my memang boleh dipercayai kerana barangan yang aku beli telah selamat aku terima. Boleh rujuk post aku yang sebelum ni.

Dan kali ini aku mencuba nasib pula membeli barangan di iPmart. Jujurnya memang aku tak pernah membeli apa-apa barangan di iPmart. Dan sebelum aku membeli barangan secara online, aku akan google dahalu kalau-kalau terdapat mereka-mereka yang mempunyai pengalaman yang buruk dengan iPmart. Namun 10 pages pertama di google aku tak jumpa apa-apa yang pelik@buruk tentang iPmart. Oleh itu aku meneruskan niat untuk shopping di iPmart.

Kenapa pula beli di iPmart? Kenapa tidak beli sahaja di Superbuy yang memang aku dah ada pengalaman membeli di sana?

1-setelah aku google, tiada feedback yang negatif tentang iPmart.
2-barang yang aku nak beli ni, murah di iPmart.

Aku nak beli Sony Xperia Go. Jadi aku bandingkan harga di 2 web tersebut.

iPmart

Superbuy

Banyak juga beza harga antara kedua -dua web ni. Ini la untungnya membeli belah secara online. Hanya duduk di atas kerusi, mengadap komputer serta boleh bandingkan harga dengan pantas. Aku telahpun memesan Sony Xperia Go ni kelmarin. Harap ia akan sampai ke tangan aku tanpa ada masalah.